Sebab semalam aku terlupe nak upload draft ni, so aku rase aku better upload gak hari ni daripada terkene title ingkar, aku tergerak nak highlight bende ni sebab terbace this one blog kat internet yang aku selalu ikut, tokasid, ni kawan blog powwer renjer biru sebenarnye, aku copy paste jela ape die ckp, senang
*bermula copy*
Melayu dan derhaka: Double standard
By tokasid
Apa itu ingkar?Apa itu derhaka?
Mengikut Kamus Dewan Derhaka ialah : . tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; ;berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan ;penderhakaan perbuatan menderhaka ;penderhaka orang yg menderhaka:
Tesaurus Dewan: khianat, belot, durjana, berpaling tadah, curang, jahil, tentang.
Ingkar: menurut Kamus Dewan Ingkar ialah :Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar.
Kita maklum, bila ada 'sifat derhaka' kepada raja umumnya orang ramai yang menjunjung institiusi Raja akan melenting marah.Ada yang sanggup bertengkolok dan bersemotar dan jika tidak menjadi kesalahan akan berkeris di tangan meluahkan rasa hati mempertahankan Raja.
Mulia sungguh sikap itu. Menunjukkan kita taat pada raja. Derhaka atau ingkar atau tak mahu menurut kemahuan raja di anggap biadap yang tidak boleh di ampunkan. Dosa besar!
Tapi memang manusia ini pelik.Terutama manusia yang berbangsa Melayu seperti aku ini. Pantang ada orang lawan raja akan panas hati ini.Akan menggelegak darah(walaupun aku cuma suam-suam kuku sahaja).Kata raja jangan di sanggah.Perintah raja jangan di lawan.
Tapi manusia Melayu tidak ambil peduli jika ramai Melayu serta pemimpin Melayu derhaka pada ALLAH.
Ada pernah orang buat bantahan beramai-ramai bila ada orang Melayu atau pemimpin Melayu melakukan RASUAH? Atau BERJUDI? Atau MINUM ARAK? Atau BERZINA? Atau berlaku ZALIM?
Anda pernah lihat samada Melayu UMNO atau Melayu PAS atau Melayu PKR buat demo jalanan dengan sepanduk tentang rasuah,zina,arak,judi?
Ada FRU dan Polis risau jika ini akan berlaku?
Rasuah,judi,arak dan zina adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang ALLAH laknati.ALLAH turunkan larangan ini dalam al-Quran dan dari hadith-hadith Rasulullah SAW. Neraka tenpatnya untuk pelaku-pelaku maksiat ini jika tidak bertaubat nasuha sebelum mati!
Seingat aku Melayu tak sensitif tentang dosa-dosa besar.Melayu tak peduli murka ALLAH.Melayu tak peduli api neraka.
Memang Melayu double standard dalam perkara derhaka.Jangan derhaka pada insan yang berkedudukan tapi tak apalah untuk Derhaka pada ALLAH dan Rasul.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau mungkin tidak dengan makhluk yang masih wujud atau telah tiada. Kalau terkena nak buat macamana kan? sapa makan cabai melaka dia terasa pedaihnya.
*berakhir copy*
Sorry again agak panjang tapi aku rase cam bendeni cambest je, until next time, powwer renjer merah signing out…
1 comment:
Muiz,
Aku ada edit sikit alignment entry ni, hope you don't mind. :)
Post a Comment